• Main
  • News

Assalamualaikum Wbt.

Assalamualaikum Wbt.

Assalamualaikum wbt.

JEMPUTAN KE KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SRAJTR 2025

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-20 seperti ketetapan berikut:

????️Tarikh : 24/05/2025 (SABTU)
????️Masa : 8.00 pg
????TEMPAT: Padang SATURA

Sehubungan itu, pihak sekolah berbesar hati menjemput Tuan/Puan bersama anak jagaan untuk hadir memeriahkan kejohanan ini. Pelbagai acara sukan dan penyampaian hadiah akan diadakan bagi menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan murid serta mengeratkan silaturrahim antara warga sekolah dan ibu bapa.

Kehadiran dan sokongan Tuan/Puan amatlah dihargai dan akan menyuntik semangat kepada anak-anak dalam menjayakan acara ini. Diharapkan Tuan/Puan dapat meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan program tahunan ini.

Semoga Kejohanan Sukan Tahunan kali ini berjalan lancar dan segalanya dipermudahkanNYA.


About Us

  • SR Arab JAIM Tun Razak, Melaka

    Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, Kalam pembuka SRAJTR ucapkan; Akademik dan Diniyah teras kurikulum, Buat anak-anak jadikan bekalan. https://linktr.ee/_SATURA_