• Main
  • News

Alhamdulillah Dan Tahniah Buat 2 Orang Murid Srajtr

Alhamdulillah Dan Tahniah Buat 2 Orang Murid Srajtr

Alhamdulillah dan tahniah buat 2 orang murid SRAJTR yang telah menempa kejayaan dalam Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah (MTQSS) Peringkat Negeri Melaka 2016 yang telah berlangsung pada 10-12 Mei 2016 yang lalu di SK Kem Terendak 1 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Muhammad Taufiq b Shawaludin (4 Bakri) telah mendapat Johan dalam Pertandingan Bercerita Kisah Al-Quran (Kategori Lelaki) manakala Hannan Jayyidah bt Dziauddin (6 Bakri) telah mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Bercerita Kisah Al-Quran (Kategori Perempuan). Muhammad Taufiq akan mewakili Negeri Melaka bagi acara yang disertainya di MTQSS Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada bulan Oktober nanti. Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan beliau. =)