????️ TAHNIAH & SYABAS! ????
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada 6 orang murid SATURA atas kejayaan memperoleh Rambu Pengakap. ????????
Pencapaian ini merupakan hasil daripada komitmen, disiplin, usaha gigih dan semangat yang tinggi dalam menyertai aktiviti serta latihan kepengakapan.
Sebagai Guru Pemimpin Pengakap, kami amat berbangga dengan pencapaian yang telah ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh dan menjadi insan yang berdisiplin, berdikari, berkemahiran serta mampu memimpin.
Teruskan berusaha dan cipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang! ????????✨
Tahniah sekali lagi kepada keenam-enam murid SATURA! ????????????????????????
???? “Selalu Bersedia”
Guru Pemimpin Pengakap SATURA